AKU KHAIRI KAMARUDDIN

Jumaat, 14 November 2008

Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya

"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya", satu keluhan biasa.

Yang tak biasanya, "mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengansaya"....

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untukberbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadapsuami mereka.

Seorang isteri berkata, "Kenapa suami saya tidak macam dulu, sukabercakap-cakap, 'loving', 'caring'.... bila dah kahwin, dia berubah, takbanyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar...tapi diabanyak ' modal' bila bersama kawan-kawannya" .

Mengapa begitu?...Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandaiberbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau dimasa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalanapatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan 'good impression'. Mereka nakyakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping danboleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasanganmereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan danapa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cintadan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemudaperamah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa"the'job' is done!" Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka bolehberbual-bual dengan orang lain?... Ada 2 sebab; * suami itu lelaki * isteri itu perempuan SUAMI ITU LELAKI * Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan danpencapaian.

* Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapaikejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar danjurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakaptentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan,pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN * Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargaicinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel danbuku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatapmajalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga,perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan. Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminyaboleh berbual-bual satu ketika dulu?...Sebab. ..isteri itu seorangperempuan!

Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Merekaseronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan,bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapatmenghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuanboleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Merekamahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepadakejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yangpenting -'apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu'. Mereka nakkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin,selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.

Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorangperempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadialasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamatperkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidakberkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

BAYANGKAN bila...
* suami isteri tidak berbual-bual
* suami atau isteri tidak 'respond' dengan baik bila salah seorangberkata-kata
* suami gagal menjadi pendengar yang baik
* suami tidakmemberi peluang kepada isteri untuk mengadu
* suami isteri membiarkanhalangan-halangan perbualan berada di antara mereka
* suami 'diam' dirumah tapi 'bising' di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yangsihat

maka BERKEMUNGKINAN. ..
* 'tabung cinta' suami isteri akan 'bocor'
* isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
*isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya-mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
*isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
* isteri tidak tahu apa yang suaminya 'is up to' dan suami tidak tahu apayang isterinya 'is trying to do'
* berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk padaperhubungan suami isteri dan rumahtangga.

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan. 2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan,bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.

' Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia'

Kes Anwar: Rayuan pindah kes didengar 20 Nov

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 November ini untuk mendengar rayuan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Hakim S M Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan rayuan dan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Komathy menolak permohonan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi pada 7 November lalu.

Oleh itu, ujar Mohd Yusof, pihak pendakwaan memohon agar perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga rayuan untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah Sesyen yang bersidang pagi ini dijadual menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes tersebut didengar oleh Hakim SM Komathy Suppiah.

Bagaimanapun, pihak pendakwa mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga selesai rayuannya terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi.

Jumaat lalu Komathy menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.Komathy memutuskan bahawa perintah pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.Katanya, kes itu menimbulkan situasi yang unik di mana pembabitan peguam negara akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran keadilan jenayah.

Bagaimanapun, pagi ini, pihak pendakwa mengemukakan permohonan kepada Komathy supaya tidak menetapkan tarikh perbicaraan kes ini sehingga rayuan mereka terhadap keputusannya itu, diputuskan.Peguam Anwar membantah permohonan pendakwa itu.

Mereka juga mengadu tidak menerima beberapa dokumen dari pihak pendakwaraya seperti yang dijanjikan minggu lalu.Komathy belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan pihak pendakwa itu.

Sabtu, 1 November 2008

jersi baru malaysia

jersi baru malaysia...
lambang salib di badan....
patutkah pemain malaysia pakai baju ni???
tak sedar ke mereka dalam soal ni?