AKU KHAIRI KAMARUDDIN

Isnin, 30 Jun 2008

happy birthday ma

arini besday mak aku...

dr dl smpai skg aku x penah ucap hepi besday kat mak aku...

hadiah lg la x penah beli..

skg mak aku dak 47thn....

aku dah 22thn...






mak aku yang berdiri sebelah kiri aku...


hepi besday ma...

Ahad, 29 Jun 2008

PERPISAHAN

jamuan perpisahan salwa s/u dato sharif
di pizza hut berjaya megamall kuantan...
janji kul 8...
start kul 9..
aku jugak kene tunggu sejam..
ader je yang lewat...
lebih2 lg pasangan cinta kolestrol...
sori r....
kitorang kenal pun x lame...
baru brape bulan..
x sampai 1/2 thn pun..


yani ngan norel...


mazakri ngah pelahap piza

zamani menghirup sup yang enak..


ko nak suap kat aku ker norel?


malu2 plok.....cam koroks...


tengok yani selambe jee..

yang ni lg selambe..hehehehe

kak ju ngan kak wa...

mankuk piza...piza dah habis,,

rizal ngan tunang kak wa...

kak wa ngan tunangnya akan kawen bulan 11 ni....

semoga berbahagia...

tgk gambar2 ni...aku xdekan..

aku amik gambar je...

Jumaat, 20 Jun 2008

portugal K.O di suku akhir

portugal...portugal..

ble plak kalah...

sayonara big phil...

jumpe d liga perdana..

cristiano ronaldo mungkin ke real madrid..

tp aku harap tidak..

biar terus kekal di manchester united..

manchester united the greatest...





pasukan pahang....

harap tingkatkan permainan anda..

bukan untuk pasukan pahang jee..

tp semua pasukan bolasepak d malaysia..

klau mcm ni je..

susah lah pasukan malaysia untuk ke piala dunia..

jgn-bersedih-untuk-diri-sendiri

http://mohdkhairimohd.blogspot.com/2008/06/jgn-bersedih-untuk-diri-sendiri.html

Khamis, 19 Jun 2008

euro 2008

Força Portugal!

Categories: Antarabangsa, Anwar and Isu Semasa

Meskipun saya tidak berkesempatan untuk mengikuti perjalanan Euro 2008 dengan dekat, kendati begitu saya tetap ambil pusing perkembangannya secara ringkas.

Kelihatan Sepanyol dan Belanda agak gah di pusingan awal. Jerman tersentak tatkala tewas mengejut di tangan Croatia.

Saya meminati corak permainan Brazil, justeru dalam Euro 2008 ini saya memilih ‘Brazil Eropah’ untuk menjadi juara. Siapa lagi kalau bukan Portugal!

Portugal tewas kepada Greece dalam siri terdahulu pada tahun 2004. Kelihatan kini masa terbaik untuk Portugal memanfaatkan skil Cristiano Ronaldo dan Deco, pastinya untuk merangkul kejuaraan.

Biarpun skuad Portugal mungkin gusar dengan perpindahan Scolari ke Chelsea selepas siri Euro ini, perjuangan perlu terus!


Força Portugal!

ANWAR IBRAHIM


p/s: samalah cam aku..minat brazil...tp untuk euro...pasukan samba eropah iaitu portugal...

Rabu, 11 Jun 2008

Murahkah Minyak malaysia

"Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun.Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun.Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.Supaya lebih jelas, kita ringkaskan dengan angka.1 tong = 159 liter x RM2.70/liter = RM429 ataupun USD134Kita disogok bahawa kita membayar sepenuhnya harga minyak. Mungkin kita tidak sedar bahawa setong minyak mentah hanya menghasilkan 46% petrol.1 tong minyak mentah = 46% petrol (atau separuh).Maka,2 tong minyak mentah = menghasilkan 1 tong petrol.Dengan kata lain, setiap kali kita menjual dua tong minyak mentah, kita akan membeli balik satu tong petrol. Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong dan membeli balik petrol pada harga USD134 setong.Secara teknikalnya,Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong = USD260 = RM858Malaysia membeli balik 1 tong petrol pada harga USD134 = RM442 setongKita mendapat lebihan USD126 = RM416 setiap 2 tong yang dijual dengan cara mengeksport vs mengimport satu tong petrol.Maka, kita mungkin baru tersedar bahawa kerajaan kita membuat keuntungan sebanyak USD126 untuk setiap tong yang kita import. (Nilai ini adalah nilai kasar tanpa mengira kos import/eksport dan lain-lain kos)Analisis lain:1 tong minyak mentah = 159 liter46% daripada tong minyak mentah = petrol yang kita guna untuk kereta kita.46% dari 159 liter = 73.14 liter73.14liter x RM2.70 seliter = RM197.48 petrol setong berdasarkan setong minyak mentah. Ini baru 46% dari satu tong. Berdasarkan USD1 = RM3.30, kita akan tahu bahawa setong minyak mentah menghasilkan petrol bernilai USD59.84 (46% dari setong)USD59.84 dari USD130 setong tetap juga menghasilkan 46% dari satu tong.Baki 54% adalah bitumen, kerosene, gas asli, gas natural dan lain lain. Baki USD70.16 tidak diambil kira.PErsoalannya, di manakah perlunya subsidi jika kita hanya membayar 46% dari setong minyak, dan hanya 46% dari setong itu yang digunakan? BUkankah ianya bermaksud kita sudah membayar pada harga penuh sejak sekian lama?Sebenarnya, kita akan tetap membayar untuk semua ini kerana mereka masih mengenakan bayaran dengan cara mewujudkan fuel surcharge oleh syarikat penerbangan, kita tetap menbayar cukai jalan untuk membina jalan (dan plaza tol) kerana jalan dibina dari tar dan bitumen, dan lain lain bayaran yang sememangnya gagal ditulis di dalam kertas.Setiap kali saya memberitahu pelanggan bahawa kos melancong meningkat disebabkan kenaikkan harga petrol, saya bernasib baik kerana mereka tidak berfikir seperti saya. Bayangkan kalau tetiba pelanggan bertanyakan apakah kaitan dengan kenaikan petrol dengan kenaikan harga tiket kapal terbang kerana kapal terbang menggunakan kerosene.Dan sekarang, ahli politik yang tinggal di Putrajaya perlu ke Parlimen beberapa hari seminggu, sejauh 60km sehala, dan seterusnya mendapat ‘ganti rugi’ untuk kos petrol dan tol mereka daripada cukai yang rakyat bayar.BEtapa kelakarnya apabila kerajaan mengumumkan pembahagian rebate sebanyak RM625 untuk setiap kereta di bawah 2000cc. Ironinya, seorang kerani yang memandu Iswara berharga RM10k akan mendapat RM625 setahun sedangkan anak manja menteri yang memandu Satria Neo, Swift, Jazz, Civic 1.8, dan 6 kereta lain lagi yang kesemuanya bernilai RM2juta tetapi tetap di bawah 2000cc akan mendapat RM6250 setahun.Adakah konsep Subsidi kita adalah tepat?Kenaikkan 40% harga petrol meningkat kos petrol saya sebanyak RM245 sebulan, tanpa mengambil kira 99% barangan kegunaan harian yang juga meningkat sebanyak 40%. Mungkinkah perlu MinHomestay dinaikkan harga kepada RM60 semalaman sedangkan petrol tidak digunakan dengan alasan Tuan Rumah juga membeli petrol?Adakah ianya juga bermaksud bahawa pendapatan Perkapita rakyat Malaysia dan pendapatan bulanan perlu dinaikkan 40% supaya sejajar?Kita diberitahu bahawa kerajaan cuba membantu rakyat dengan memberi subsidi. Dan apa yang mereka lakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi RM56billion setahun.Fikirkan:Abu ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan di tepi sungai menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15. Katanya kosnya ialah 0, kemudian Abu menjual kepada anda sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya di rugi RM5.PErsoalannya, adakah Abu mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyak RM5 yang dianggapnya sebagai subsidi?Jawapannya:Adakah Kerajaan menaikan harga petrol sekadar untuk mengekalkan keuntungan satu pihak?

Jumaat, 6 Jun 2008

MINYAK!!!

minyak naik lg..
aku ingat lg tpm najib ckp sblm pru 12..
minyak xkn naik tahun ni..
skg kite terpakse time semua ni...
ape nak jd nagn orng besar kerajaan bn ni?
menipu x habis..
aku yang naik motor pun terasa beban..
kalau gaji besar x pelah..
kalau x ble turunkan harge..
jgn naikan..
orng berpendapatan rendah cam aku gak yg terseksa..
diaorang gaji besar xpelah..



ulasan dari dr mahathir:di petik dr malaysiakini.com


Berdasarkan kepada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat minyak negara, Petronas, kerajaan sebenarnya mampu untuk mengekalkan subsidi bahan bakar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Mantan perdana menteri itu yang juga penasihat Petronas menulis dalam blognya hari ini bahawa langkah mengurangkan subsidi secara berperingkat adalah pilihan lebih baik memandangkan beban kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh rakyat."Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong dieksport, yang memberi pulangan RM27 juta."Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang."Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi."Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan kerajaan," tambahnya.Ekoran kenaikan harga tersebut, katanya, semua barangan pengguna yang lain, perkhidmatan dan barangan mewah, akan turut mengalami peningkatan harga.Ini, katanya, akan disusuli oleh peningkatan kos sarahidup, akan tercetus inflasi dan taraf hidup rakyat akan menurun."Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat," katanya.Apung ringgitDr Mahathir juga menyifatkan keputusan kerajaan untuk mengapungkan ringgit sebagai satu keputusan yang tidak baik kerana kenaikan harga bahan api telah meningkatkan beban rakyat."Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. "Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika," katanya.Menjelas lebih lanjut mengenainya, Dr Mahathir berkata jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. "Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri," tambahnya.K'jaan tunduk pada IMFKerajaan, dakwa Dr Mahathir, sebaliknya hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, dengan mengapung Ringgit dan akibatnya, kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import."Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang menteri kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa," tambahnya dalam nada sinis.Dr Mahathir berkata, dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan."Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya-tanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini," tulisnya.Bagaimanapun, katanya, mesti mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan."Saya harap yang kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti yang digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan," katanya.


ape nak jd nagn kerajaan bn ni?
seme nak naik..