AKU KHAIRI KAMARUDDIN

Sabtu, 31 Oktober 2009

kaki ku.....



dah lebih seminggu berlalu....
kaki aku terkepit ngn plate besi seberat 4tan....
nasib baik x patah or retak...
cume bengkak je....
mase tu pakai kasut safety...

tarikh kejadian: 22/10/2009
waktu kejadian: 12.15tghri

ammar darwisy ibnu fitri


yg ni mase die dh balik ke kuala lumpur....
ni mase masuk hospital..
skit ape aku xtau....
baru je lg...smlm baru kuar spital...



yag kat bwh ni mase kat umah tok ma n tok pa die lg....
baru pas cukur kepala...
aku yg cukur....



Rabu, 20 Mei 2009

salam

dah lama x update blog...
sejak2 akhir ni macm malas nk update....

persona ku lagi

Khamis, 5 Mac 2009

Surat terbuka buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Datuk Seri, Saya akan menulis secara ringkas dan manis. Tak ada lagi artikel cheong hei daripada saya.Sudah tentu mereka dapat mengunci bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu yang mereka mahu. Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan — umpamanya, jika bagunan itu musnah akibat banjir atau gempa — adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak dapat diadakan [di tempat lain - penterjemah]?

Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.

Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan persembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.

Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang adalah sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini.

Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum a la 13 May. Ia akan menjadi satu Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu.

Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat. Percayalah, terdapat ramai anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakut-nakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat, menghadapi Kesultanan. Tidak sama sekali, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain.

Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduknya sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah. Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya peluang itu akan hilang. Dan jika anda gagal bersunggu-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

[Terjemahan bebas arifabdull terhadap Open letter to Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tulisan RPK]

Ahad, 8 Februari 2009

Perutusan MB Perak tulen, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin



BismilahirRahmanirRahim.


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.


Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.


Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.


Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.


UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.


Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar


Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :


Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.


Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?


Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.


Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat


Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.


Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.


Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.


Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.


Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.


Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.


Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.


Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak


Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya.


Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.


IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak.

Sabtu, 7 Februari 2009

kerajaan tulen - MB Nizar umum empat dasar penting

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi.
Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut:
  • tajak pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut,
  • menghidupkan semula lapangan terbang Ipoh dan meluluskan peruntukan RM2.7 juta untuk kegunaan pesawat tambang murah Firefly,
  • kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta kepada warga tua yang meninggal dunia
  • seramai 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat - sebelum ditumbangkan oleh BN minggu ini - akan terus menjalankan tugas mereka.

Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.Katanya, beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan," tambahnya, "Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri BN) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini."Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan. Tindakan yang sama akan diambil oleh barisan exco tiga parti utama kerajaan campuran itu.

Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam.Lebih 100 orang penyokong PAS termasuk anggota Unit Amal parti itu berada di kediaman tersebut yang kelihatan seperti biasa.

Mereka bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap apa yang menimpa pada Mohammad Nizar dan kerajaan pimpinannya.Dr Zambry mengangkat sumpah di Kuala Kangsar semalam di tengah-tengah kekecohan akibat bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat - tidak jauh dari Istana Iskandariah, tempat berlangsungnya majlis tersebut.

Sementara itu, perkembangan berkaitan di negeri tersebut, antaranya:

  • Angkatan Muda PKR Ipoh Barat membuat aduan polis sebagai tindak balas terhadap laporan Pemuda Umno berhubung akuan berkanun ketua bahagiannya Fauzi Mamat yang mendakwa timbalan perdana menteri cuba menyogok RM50 juta dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak.

Datuk Seri Najib Razak didakwa berbuat demikian di kediaman rasminya di Putrajaya tidak lama selepas pilihanraya umum tahun lepas.

  • Sembilan yang ditangkap polis dalam perhimpunan besar depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam bagi membantah pelantikan Dr Zambry ditahan reman sehingga esok.
  • Para pemimpin BN Perak membatalkan satu mesyuarat khas - asalnya dijadual jam 5 petang ini di bangunan Umno - dipercayai bagi membincangkan barisan exco baru negeri tersebut.
  • Pakatan Rakyat melancarkan kempen penerangannya berhubung kemelut kerajaan Perak 8 malam esok di Chenderung Balai, Sungai Manik. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang dijadual menyampaikan ucapan.
  • Pemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadap pemimpin atasan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan "menghina titah Sultan Perak" yang dianggap berbau hasutan.Selain terhadap Mohammad Nizar, ketua pergerakannya Zainol Padzi Paharudin turut menamakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengerusi DAP Karpal Singh.

from http://malaysiakini.com

Jumaat, 6 Februari 2009

Aiseyman....apasal mamak lak yang jadi MB Perak ???????


Kalau kat Penang tu memanglah patut.....
Orang Melayu tulen dah tak de lagi ke kat Perak nih....
amik dari
mamak padiapa jugak la die amik....
pakatan rakyat perak tak akan berdiam diri!!!
siap la korg yg laknat!!!

Rabu, 4 Februari 2009

Tahniah Najib....Takziah buat rakyat Perak

Assalamualakum,
Tahniah buat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak diatas kejayaan politik kotor beliau yang telah berjaya menumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak ke-10 yang berusia hanya 11 bulan.
Kejayaan Najib 'membeli' 2 orang ADUN daripada PKR dan seorang ADUN daripada DAP merupakan satu taktik kotor yang nyata berkesan menumbangkan kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat. Najib juga berjaya memujuk ADUN Bota yang masuk PKR kembali semula kepada UMNO. Syabas...Takziah buat rakyat PerakTakziah buat rakyat Perak diatas berkuburnya kerajaan negeri Perak pimpinan Ir Nizar.
Pasti rakyat Perak akan menyesal diatas perkuburan kerajaan negeri Perak yang walaupun baru 11 bulan memerintah Perak telah memberi jasa dan bakti yang besar kepada rakyat Perak.Kita kena ingat bahawa kurnian hak milik kekal tanah oleh kerajaan Perak kepada kampung tersusun dan kampung baru lebih banyak menguntungkan orang-orang Melayu.
Ini kerana daripada 640 kampung yang mendapat hak milik kekal, hanya 134 merupakan kampung Cina manakala selebihnya adalah kampung MELAYU.Malahan juga, tanah-tanah pertanian milik orang Melayu paling ramai mendapat hak milik kekal daripada kerajaan negeri Perak pimpinan Ir. Nizar.
Begitu besar jasa dan pengorbanan Ir Nizar kepada rakyat Perak. Sekiranya BN kembali memerintah, sudah tentu segala hak tersebut akan dirampas kembali.

Bersabarlah wahai mujahiddin

Bersabarlah kepada semua pejuang-pejuang Islam. Ini semua adalah ujian Allah kepada kita, kepada pejuang-pejuang Islam, kepada PAS dan pendokong PAS dan kepada orang-orang mukmin.
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang paling banyak diuji oleh Allah. Ini adalah tanda bahawa Allah sayang kepada kita. Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya dan bermuhasabah diri sepanjang masa dalam usaha kita, usaha PAS untuk menegakkan Daulah Islam di bumi Malaysia.
Jika Hamas diuji, Ikhwanul Muslimin diuji, PKS diuji, AKP diuji, FIS diuji, Jemaat e Islami diuji, PAS juga pasti diuji olehNya. Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Islam pasti menang, itu sudah tentu tapi kemenangan itu akan disertakan dengan segala bentuk ujian daripada Allah SWT kepada kita.

Renungkan.....

dari BENDAHARA TUN PERAK

PR: Dari Rakyat Untuk Rakyat > Kerajaan Rakyat


Kepimpinan semua parti dalam Pakatan Rakyat telah menjanjikan pentadbiran yang berhemah, bertanggungjawab, berwibawa dan mesra rakyat. Pakatan Rakyat amat komited terhadap perjuangan mengangkat martabat dan maruah rakyat.


Ekonomi yang selesa dan stabil, keselamatan rakyat yang terjamin dan pembangunan mampan sentiasa menjadi keutamaan. Justeru, seluruh jentera kepimpinan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008 telah diarahkan untuk menumpukan perhatian secara total kearah pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.


Demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa berusaha menghindari permainan politik murahan yang tidak menguntungkan rakyat. Sebaliknya menumpukan perhatian terhadap pembangunan negeri untuk rakyat.


Malangnya, kerakusan dan sifat haloba UMNO/BN telah mengganggu urusan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Politik aparat murahan yang ditaja oleh UMNO/BN ini amat merugikan rakyat. Rakyat semakin benci dan penyampah dengan kaedah jijik yang semakin mengukuh dalam UMNO.


Perkembangan semasa lantaran pendustaan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO/BN, memungkinkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri di adakan.


Kerajaan Rakyat.

utk rakyat!!!

Sabtu, 31 Januari 2009

LUAHAN seorang teman rindukan sahabat karib....

dipetik dari utusan meloya.....

Rahmat buatmu Loloq - M. Nasir

SETAHUN sejak Loloq pergi, aku melepaskan keterbiasaan sedikit demi sedikit.
Keterbiasaan melalaikan aku pada sesuatu yang tidak biasa.
Kerana keterbiasaanlah hampir hari-hariku terasa Loloq akan hadir menyambung bicara jam 3 pagi, semalam di Warung Awe atau Yeop dekat pejabat Luncai Emas berbicara penemuan-penemuan pencetus idea atau sekadar bicara prestasi Manchester United yang kekadang mencemaskan.
Kemudian mengingatkannya tentang lirik yang seharusnya siap dua minggu lepas.
Pernah ketika umur kami menjangkau 40 tahun, kami berbicara tentang mati.
Lalu sentuh kematian P. Ramlee yang masih agak muda. Seniman mati muda ramai.
Khairul Anwar mati muda walau dia mahu hidup seribu tahun lagi. Kita mahu hidup seribu tahun lagi.
Namun, itu hanyalah penyataan puitis dan nyatanya ajal bergaul dengan fitrah.
Buat diriku, seniman terus hidup selagi karyanya hidup.
Loloq adalah seniman dan sahabat karibku. Lebih dari itu, dia adalah 'cerminku' yang kini hilang.
Aku tak pasti dia pemujaku, tapi aku hampir pasti dia pengkritik aku yang setia.
Zaman pencarian di Singapura dekat 30 tahun dahulu menemukan aku dengannya.
Gayanya yang menangkap, bercermin mata ala John Lennon dan gigi ala Tompel sukar dilupakan.
Dia telah lalui zaman gelap. Allah sahaja yang tahu sejauh mana dia telah merantau tapi dia menjelma seperti burung api yang gemerlap.
Aku akui waktu itu aku hanya pelajar. Namun, aku telah menghasilkan album Kembara dan dia cuba membongkar pemikiranku.
Dia penggemar Beatles dan Bob Dylan seperti aku.
Umur kami sama. Hidup kami ala hippies lalu reaksi kimia pun tercerna.
Loloq datang dan pergi dalam hidupku sehingga dia muncul semula di Sungai Buluh, sewaktu aku mula membina tapak Luncai Emas 15 tahun dahulu.
Itu pun dengan keresahan perantaunya sehingga bersama kawan-kawan lain menetap di rumah sewa di belakang pejabat lama Luncai Emas.
Bagaimana dia mula mengambil berat dalam penulisan adalah keanehan.
Aku sedar dia pembaca tetapi menulis?Namun, dia mula menulis dengan kumpulan percubaannya, Rastari waktu di Singapura.
Kapal Belayar dan Wak Jono adalah antara lirik pertama yang ditulisnya.
Walau kurang sempurna, ia menghidupkan satu aliran muzik indie dengan suaranya dapat didengar dalam beberapa trek album itu.
Loloq hilang agak lama lepas itu, sehingga dia muncul dengan lirik Insan & Manikam dalam albumku.
Sejak itu dia tidak melihat belakang lagi. Dalam masa-masa yang sama 'menikah' dan membuat 'duit' dari album seterusnya seperti Ella dan Search.
Kekadang dia menyatakan kerisauannya dengan kestabilan hidup.
Takut kalau perantauannya akan berakhir seperti orang biasa.
Loloq, kekadang Nurbisa, Abdullah Romani, kekadang Heikal dan Kristo Bimbo adalah ironi pada Rosli Khamis.
Dia adalah jegela yang bermainkan watak- watak, namun, mencari dirinya yang sebenar.
Loloq memasuki dunia seni hiburan ini dengan semangat menambah warnanya dengan cara tersendiri.
Walau bagai seorang penulis lirik suaranya lebih lantang dan dirasai daripada kebanyakan penyanyi dan pencipta lagu.
Dia adalah karakter yang sukar dilupakan. Siapa yang mengenalinya tidak akan lupa dengan gayanya, tawanya, pemakaian fesyen terkini dan ranggi serta anting-anting di telinga.
Tapi yang mendalami jiwanya, akan mengenal manusiawi bernama Loloq.
Rupanya perantauan Loloq tak habis lagi. Dia kini merantau ke satu daerah baka melepasi fana dan lagu-lagunya adalah gema karya rasanya di bumi ini.

123
Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata
A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
(Petikan lirik lagu Apokalips oleh Loloq)

Rahmat Allah Untukmu Loloq,
Daripada aku,
M. Nasir.

AL FATIHAH UTK SAHABAT DAN SAUDARA KITA YANG
TELAH PERGI DIJEMPUT ILLAHI...AMIN....

Ahad, 18 Januari 2009

Anwar: Tanda rakyat dahagakan perubahan...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap tahniah dan syabas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang berkempen untuk menjamin kemenangan Pakatan di Kuala Terengganu.
"Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi," katanya dalam satu kenyataan.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru," kata beliau yang juga ketua umum PKR.Anwar berkata, beliau percaya Abdul Wahid akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.
"Bukan sahaja kepada warga Kuala Terengganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya."Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan."Maknanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terengganu, rakyat menuntut perubahan.
"Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.
"Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan," kata Anwar.
DIPETIK DARI MALAYSIAKINI.COM