AKU KHAIRI KAMARUDDIN

Selasa, 29 Julai 2008

KENYATAAN MEDIA DATO' SRI ANWAR IBRAHIM

29hb Julai 2008

Laporan hospital yang didedahkan semalam mengesahkan hujah kami bahawa tuduhan yang dikenakan ke atas saya sememangnya tidak berasas dan bermotifkan politik serta petuduh itu seorang penipu yang bersengkongkol dengan penguasa untuk membunuh karakter saya dan juga berhasrat untuk melengahkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.
Laporan ini menjadi asas kepada kita untuk curiga dengan apa yang dikatakan sebagai penyiasatan polis yang tidak berpihak dan adil serta menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mensabitkan saya dengan pertuduhan fitnah tersebut, dengan apa cara sekalipun, walaupun ianya tidak berasas.

Kami tidak memahami bagaimana pihak polis dalam jangka masa empat minggu terakhir ini, yang kononnya telah menjalankan penyiasatan yang teliti dan profesional boleh terlepas pandang bukti yang sebegini penting? Saya mengecam dengan sekeras-kerasnya kecuaian, ketidakjujuran dan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang menghina negara dan mengheret kita untuk melalui penipuan yang jahat dan keji ini.

Keengganan kami untuk menyerahkan sampel DNA terbukti benar dan tepat. Kegagalan pihak polis untuk mendedahkan laporan kesihatan ini membuktikan niat mereka untuk memerangkap saya. Keterdesakan mereka untuk dapatkan sampel DNA yang baru menunjukkan usaha terakhir mereka untuk membentuk kes yang sebenarnya tidak muncul.
Kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia Dato’ Ambiga Sreenevasan terhadap perkembangan terbaru ini bolehlah kita ambil.

“Kredibiliti sistem keadilan di Malaysia secara keseluruhannya berada di saat genting. Integriti para profesional, samada doktor ataupun peguam janganlah diganggu. Masyarakat mesti tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap sistem keadilan di negara ini dan mereka mesti yakin bahawa ianya tidak disalah guna mahupun dicerobohi.”

Beberapa minggu lalu saya telah menfailkan satu laporan mensabitkan Musa Hassan dan Gani Patail dengan satu konspirasi untuk memalsukan pembuktian kes membabitkan saya pada tahun 1998. Badan Pencegah Rasuah sudahpun memulakan siasatan terhadap laporan tersebut. Saya secara konsisten menyatakan bahawa penyiasatan yang adil adalah mustahil kerana kedua-dua mereka masih mengetuai Pasukan Polis dan Jabatan Peguam Negara dan pernah terlibat dalam menfitnah dan memalukan saya, tambahan pula karakter petuduh yang meragukan disamping dekatnya dia dengan Timbalan Perdana Menteri, isteri beliau, kakitangannya dan individu penting di dalam pasukan polis.

Saya ulangi gesaan untuk menjamin keselamatan dan perlindungan terhadap doktor yang menulis laporan kesihatan tersebut. Adanya laporan yang mengatakan beliau dan keluarga beliau berada dalam bahaya mestilah tidak dipandang ringan kerana wujudnya insiden saksi penting dalam kes berprofail tinggi di Malaysia didapati diugut, dipaksa dan hilang entah ke mana.Saya sekeluarga telah melalui ujian yang berat beberapa bulan kebelakangan ini. Ketakutan akan berulangnya trauma dan pencerobohan yang dikenakan ke atas kami hanya dapat ditanggung bila menyedari betapa besarnya sokongan rakan-rakan dari Malaysia dan seluruh dunia. Kami merasa beban berat seperti diangkat dari bahu kami bila melihat dan membaca laporan tersebut. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mempercayai kami dan komitmen mereka terhadap perjuangan kebebasan dan keadilan di Malaysia.

Saya secara sukarela bekerjasama dengan penyiasatan yang dibuat oleh pihak polis; namun ianya ternyata cuai dan berniat jahat rupanya. Saya berpandangan negara ini berada dalam kedudukan yang tenat dari aspek ekonomi dan sosial dan saya tidak mahu lagi dipesongkan oleh gangguan sebegini. Saya bertekad untuk melangkah ke hadapan bersama agenda perubahan, yang disokong oleh rakyat Malaysia pada pilihanraya yang lepas, dan saya tidak berhasrat untuk melayan tuduhan fitnah ini lagi.

Pada ketika ekonomi dunia menuju kemelesetan dan Malaysia terpaksa bergelut untuk kekal bersaing dengan jiran-jirannya, skandal ini ternyata muncul pada waktu yang sangat buruk. Masalah inflasi, pengangguran dan terhakisnya keyakinan pelabur semakin hari semakin buruk. Pihak berkuasa dibantu pula oleh menteri kanan dalam kerajaan, kelihatan sengaja mengheret nama negara ini ke bawah hanya kerana untuk kekal berkuasa. Komuniti antarabangsa telah melahirkan rasa tidak senang mereka terhadap apa yang berlaku, ini boleh mengakibatkan pengurangan pelaburan asing, pelancong dan sudah semestinya menyebabkan ekonomi yang lemah.

Saya menyeru kerajaan supaya bangkit meninggalkan segala percaturan remeh dan berniat jahat hanya kerana ingin kekal berkuasa, mereka perlu jujur, ikhlas serta efektif dalam segala tindakan. Pada saat ini kemaslahatan negara adalah tanggungjawab mereka, kita menuntut tidak kurang dari itu.

ANWAR IBRAHIM

statements by other organizations and individuals:

Dato’ Seri Wan Azizah, President PKR
Dato’ Ambiga Sreneevasan, President Malaysian Bar Council
Dr Lim Teck Ghee, Director, Centre for Policy Initiatives
Lim Kit Siang
Hj Husam Musa
Report by Malaysiakini ( pick up Din Merican)
Report by Harakahdaily
Medical Report by Dr Mohamed Osman Abdul Hamid


HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!

Khamis, 17 Julai 2008

Kenyataan Media: KeADILan Bahagian Kuantan

Pihak Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuantan dengan ini menyatakan bahawa Ceramah Umum yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu 19hb Julai 2008 seperti yang telah dirancangkan. Program ini akan bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Kg Razali, Kuantan.Kami mengucapkan kesyukuran di atas pembebasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, 17hb Julai 2008. Kami mendoakan semoga beliau dalam keadaan sihat sejahtera.Program ini akan dihadiri oleh tetamu dari Pakatan Rakyat antaranya YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota), YB Hajjah Fuziah Salleh (MP Kuantan), Dr Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), YB Anthony Loke Siew Fook (MP Rasah), YB Azmin Ali (MP Gombak) dan tetamu utama Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Program ini telah dirancang untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa yang melandai lanskap politik negara. Kami merasakan program ini perlu dihadiri oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira ras bangsa atau agama terutamanya di Kuantan dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan politik mutakhir ini.Sekali lagi, pihak kami memanjangkan jemputan ini kepada semua masyarakat untuk hadir bagi menyatakan komitmen mereka bagi perubahan masa depan yang lebih cemerlang.

Encik Siew Fook Chan
Pengerusi Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Kuantan
17hb Julai 2008

Rabu, 16 Julai 2008

DSAI DI TANGKAP!!! APE KES?!!!

—Kenyataan Media Untuk Edaran Segera—


KUALA LUMPUR, 16HB JULAI, 2008 3.30 PM


Petang ini jam 1.05 petang Anwar Ibrahim, Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ditahan di luar rumah beliau di Kuala Lumpur. Beliau dijadualkan untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang berasaskan perjanjian yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa lalu.


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah ke rumah beliau selepas memberi kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya. Laporan tersebut berkaitan pemalsuan serta penyembunyian bukti-bukti kes oleh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Gani Patail pada tahun 1998 yang membabitkan Datuk Seri Anwar. Beliau diiringi para peguam, staf dan pasukan keselamatan.


Pasukan polis yang disertai 10 buah kereta, separuh darinya tidak dapat dikenali, telah memaksa rombongan Datuk Seri Anwar untuk berhenti sejurus mereka memasuki persimpangan Bukit Segambut. Pasukan polis ini juga terdiri dari Unit Tindakan Khas yang berjumlah 20 orang bertopeng, mengingatkan kita kepada peristiwa tahun 1998.


Seorang pegawai terus mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta beliau turun untuk menaiki kenderaan yang disediakan polis ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur( IPK KL). Para peguam beliau tidak dibenarkan untuk bersama dalam satu kenderaan menuju ke IPK KL.


Penangkapan ini terjadi kurang dari 15 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul buat julung kalinya secara siaran langsung di Televisyen Malaysia semenjak tahun 1998. Beliau mengumumkan kepada para penonton akan hasratnya untuk bertanding pilihanraya kecil dan selepas berjaya membentuk kerajaan baru, akan menurunkan harga minyak petrol tempatan sebanyak 50 sen. Majoriti rakyat Malaysia gembira dan menyatakan sokongan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika siaran tersebut.


Insiden penangkapan ini mengejutkan serta menunjukkan segala episod yang berlaku bagaikan satu ulangan tindakan yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Minggu-minggu kebelakangan ini menyaksikan media arus perdana yang dimiliki kerajaan mulai menabur fitnah dan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kakitangan beliau diganggu dan kita menyaksikan satu konspirasi telah bermula untuk merencatkan perubahan politik yang kian hampir.


Rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa walau dalam apa jua keadaan sekalipun tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicederakan. Perdana Menteri Abdullah Badawi mesti berpegang pada janji untuk memastikan keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kami berjaya berkomunikasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau meminta para penyokong dan rakyat Malaysia untuk tetap bertenang supaya tidak ada alasan bagi pihak kerajaan untuk mengisytiharkan darurat. Oleh itu beliau menyeru agar rakyat Malaysia dan para penyokong menolak sebarang bentuk provokasi.



PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

CONTACT: PRESS@AICASSOCIATES.COM

Sabtu, 12 Julai 2008

mane 1 erkk?

mane yang cantik?

aku pun dah kelabu asap mate ni...
dua-dua rock beb....
PROTON SAGA RED



PROTON PERSONA ENVY



Yang mana satu Idaman kalbu??
aku pun x pasti...
tp aku ske warne hitam..
hitam itu emas...
cam kulit aku....
hahahhahahha....
tp dua-dua kerte ni xtau kuar bile...
harge pun xtau lg...

Selasa, 8 Julai 2008

SAHABAT-aizat

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Korus:
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah