AKU KHAIRI KAMARUDDIN

Khamis, 17 Julai 2008

Kenyataan Media: KeADILan Bahagian Kuantan

Pihak Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuantan dengan ini menyatakan bahawa Ceramah Umum yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu 19hb Julai 2008 seperti yang telah dirancangkan. Program ini akan bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Kg Razali, Kuantan.Kami mengucapkan kesyukuran di atas pembebasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, 17hb Julai 2008. Kami mendoakan semoga beliau dalam keadaan sihat sejahtera.Program ini akan dihadiri oleh tetamu dari Pakatan Rakyat antaranya YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota), YB Hajjah Fuziah Salleh (MP Kuantan), Dr Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), YB Anthony Loke Siew Fook (MP Rasah), YB Azmin Ali (MP Gombak) dan tetamu utama Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Program ini telah dirancang untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa yang melandai lanskap politik negara. Kami merasakan program ini perlu dihadiri oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira ras bangsa atau agama terutamanya di Kuantan dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan politik mutakhir ini.Sekali lagi, pihak kami memanjangkan jemputan ini kepada semua masyarakat untuk hadir bagi menyatakan komitmen mereka bagi perubahan masa depan yang lebih cemerlang.

Encik Siew Fook Chan
Pengerusi Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Kuantan
17hb Julai 2008

Tiada ulasan: