AKU KHAIRI KAMARUDDIN

Rabu, 4 Februari 2009

Tahniah Najib....Takziah buat rakyat Perak

Assalamualakum,
Tahniah buat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak diatas kejayaan politik kotor beliau yang telah berjaya menumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak ke-10 yang berusia hanya 11 bulan.
Kejayaan Najib 'membeli' 2 orang ADUN daripada PKR dan seorang ADUN daripada DAP merupakan satu taktik kotor yang nyata berkesan menumbangkan kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat. Najib juga berjaya memujuk ADUN Bota yang masuk PKR kembali semula kepada UMNO. Syabas...Takziah buat rakyat PerakTakziah buat rakyat Perak diatas berkuburnya kerajaan negeri Perak pimpinan Ir Nizar.
Pasti rakyat Perak akan menyesal diatas perkuburan kerajaan negeri Perak yang walaupun baru 11 bulan memerintah Perak telah memberi jasa dan bakti yang besar kepada rakyat Perak.Kita kena ingat bahawa kurnian hak milik kekal tanah oleh kerajaan Perak kepada kampung tersusun dan kampung baru lebih banyak menguntungkan orang-orang Melayu.
Ini kerana daripada 640 kampung yang mendapat hak milik kekal, hanya 134 merupakan kampung Cina manakala selebihnya adalah kampung MELAYU.Malahan juga, tanah-tanah pertanian milik orang Melayu paling ramai mendapat hak milik kekal daripada kerajaan negeri Perak pimpinan Ir. Nizar.
Begitu besar jasa dan pengorbanan Ir Nizar kepada rakyat Perak. Sekiranya BN kembali memerintah, sudah tentu segala hak tersebut akan dirampas kembali.

Bersabarlah wahai mujahiddin

Bersabarlah kepada semua pejuang-pejuang Islam. Ini semua adalah ujian Allah kepada kita, kepada pejuang-pejuang Islam, kepada PAS dan pendokong PAS dan kepada orang-orang mukmin.
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang paling banyak diuji oleh Allah. Ini adalah tanda bahawa Allah sayang kepada kita. Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya dan bermuhasabah diri sepanjang masa dalam usaha kita, usaha PAS untuk menegakkan Daulah Islam di bumi Malaysia.
Jika Hamas diuji, Ikhwanul Muslimin diuji, PKS diuji, AKP diuji, FIS diuji, Jemaat e Islami diuji, PAS juga pasti diuji olehNya. Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Islam pasti menang, itu sudah tentu tapi kemenangan itu akan disertakan dengan segala bentuk ujian daripada Allah SWT kepada kita.

Renungkan.....

dari BENDAHARA TUN PERAK

Tiada ulasan: