AKU KHAIRI KAMARUDDIN

Khamis, 19 Jun 2008

euro 2008

Força Portugal!

Categories: Antarabangsa, Anwar and Isu Semasa

Meskipun saya tidak berkesempatan untuk mengikuti perjalanan Euro 2008 dengan dekat, kendati begitu saya tetap ambil pusing perkembangannya secara ringkas.

Kelihatan Sepanyol dan Belanda agak gah di pusingan awal. Jerman tersentak tatkala tewas mengejut di tangan Croatia.

Saya meminati corak permainan Brazil, justeru dalam Euro 2008 ini saya memilih ‘Brazil Eropah’ untuk menjadi juara. Siapa lagi kalau bukan Portugal!

Portugal tewas kepada Greece dalam siri terdahulu pada tahun 2004. Kelihatan kini masa terbaik untuk Portugal memanfaatkan skil Cristiano Ronaldo dan Deco, pastinya untuk merangkul kejuaraan.

Biarpun skuad Portugal mungkin gusar dengan perpindahan Scolari ke Chelsea selepas siri Euro ini, perjuangan perlu terus!


Força Portugal!

ANWAR IBRAHIM


p/s: samalah cam aku..minat brazil...tp untuk euro...pasukan samba eropah iaitu portugal...

Tiada ulasan: