AKU KHAIRI KAMARUDDIN

Rabu, 23 April 2008

Siapa PM Malaysia Selepas Pak Lah

memang menarik perhatian
susah nak digambarkan
sama sama kita berdoa
agar malaysia aman sentiasa
Datuk Seri Mohd Najib Razak?
Sekarang ini pun media massa arus perdana menayangkan suku sakat Datuk Najib ini jutawan belaka. Lihat adik Datuk Najib, semua rakyat bagaikan tidak terjangkau gunungan aset mereka. Kenapa mereka ini kayalah amat. Kroni ooo kroni. Terbayang pula isteri Datuk Najib, huh! tak jemu-jemu mengumpul harta, tak nampak tunduk dengan kemiskinan rakyat jelata. Jauh sekali mahu bertandang ke teratak nelayan miskin di depan Masjid Kristal.
Belum lagi rakyat jelata baca komen Dr Mahathir tentang Datuk Najib.. lagi terpinggirlah Datuk Najib. Mantan PM ini asyik belasah pemimpin Ameno sahaja kebelakangan ini.
Bolehkah rakyat jelata tolak agar Datuk Najib jangan jadi PM Malaysia .. entahlah.
Rakyat Jelata makin penat tenguk wajah Datuk Najib ini, yang menarik cuma bibir merahnya terkadang begitu lantang berhujah. Di sebalik selimutnya bagaikan tersimpan perbagai tafsiran songsang rakyat. Nampak wajah Altantuya, nampak wajah Ziana Zain, nampak wajah dia berbalah dengan bekas isterinya & rampas isteri orang. Nampak perbagai masalah ngeri yang boleh menghambat Malaysia di kancah kemelut berlarutan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ?


Rakyat nampak kes lebam mata Gelita 14 atau Black 14. Nampak wajah isteri & cahayamatanya ke parlimen. Macam layak menjadi PM Malaysia. Macam mendapat banyak sokongan semua kaum. Terutama kaum India; semua syok tenguk DS Anwar ini berjoget ala India di Ijok. Anwar atau pembangkang memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk membentuk Kerajaan Mudah. Berjayakah DS Anwar.
Peluit pernah berceritera tentang rakan peniaga Cina suka amat jika DS Anwar ini menjadi PM Malaysia. Sebabnya DS Anwar punyai hubungan baik dengan Negara Barat & Arab. Dijangkakan mudah menarik pelabur asing ke negara ini.
Pengakuan DS Anwar dalam ceramahnya dia sudah pun memaafkan Dr Mahathir. Tetapi ramai juga penyokong DS Anwar mahukan pembelaan semula tragedi tragis Black 14 ini. DS juga seorang pemimpin yang mahukan Perasuah diadili. Banyak amat pembongkaran berani, menjadikan DS Anwar punyai ramai musuh dari kalangan penyokong kuat BN tentunya. Terutama kalangan mereka yang takut aset mereka tergugat. Apakah DS Anwar akan menjadi mangsa politik kotor nanti.
Banyak Drama Berat akan berlaku seandainya DS Anwar menjadi PM. Stabilkah politik Melayu jika DS Anwar menjadi PM.
Bolehkah rakyat jelata menerima DS Anwar menjadi PM Malaysia?.

Tan Sri Muhyiddin Yassin?


Dalam undian kepercayaan di Blog. Ramai yang menyukai Tan Sri Muhyiddin, dalam pemilihan pucuk pimpinan Ameno penghujung tahun ini apakah bercaturan politik di gelanggang Ameno akan bertambah sengit. Jika terjadinya undian tidak percaya kepada TPM kini tentunya akan mencetus pembentukan kumpulan pecahan yang lebih tenat.
Biarpun di hati rakyat jelata mahukan pemimpin yang bersih, tetapi di mata BN belum tentunya seseorang pemimpin itu bersih. Politik sering berlaku kemelut yang tidak mengenal kawan maupun lawan. Ada sahaja perkara gempak yang tidak pernah terfikir oleh penyokongnya boleh berlaku. Seperti lumpuhnya langkahan cergas & tegas seseorang politikus bagai skandal sex Dr Chua bebaru ini.
Rasanya payah meramal Tan Sri Muhyiddin bakal PM Malaysia.

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)?

Tentunya rakyat jelata masih ingat bagaimana teruknya BN terutamanya orang Ameno berpecah ketika Ku Li mencabar jawatan president Ameno Dr Mahathir. Congaklah akan usia Ku Li yang lahir pada tahun 1937. Ramai kini pemimpin BN yang muda belia tentunya akan lebih tertarik dengan pemimpin yang seangkatan dengan mereka. Biarpun faktor umur bukanlah persoalan yang boleh menidakkan pengaruh seseorang. Ketika berusia berapa sekali pun tidak akan menghalang seseorang itu untuk memimpin negara. Ceriteranya akan sama, perpecahan orang Melayu akan lebih ketara jika Ku Li mencabar PM. Halatuju perjuangan Ameno akan bertambah kabur. Ku Li yang sememangnya dari golongan istana yang kaya raya tentunya tidak memfokuskan sangat tentang ekonomi. Ramai berpendapat Ku Li lebih kepada mahu menyatupadukan kaum Melayu. Alaf Ba Ta amalan beliau sering menarik hati penyokong Ameno. Wawasan Ku Li dalam pembangunan negara masih tidak jelas, biar pun beliau pernah menjadi Menteri Kewangan. Golongan muda mesti mahukan pemimpin yang lebih jelas visinya. Bila golongan orang lama menjadi PM Malaysia pastinya terbayang di minda mereka kejumudan kepimpinan & kepupusan anjakan seperti zaman Pak Lah kini. Ini amat menakutkan semua. Berjayakah Ku Li mencabar PM kini.


Tuan Guru Nik Aziz (Tok Guru)?


Tuan Guru sebenarnya lebih kepada Idola buat ramai rakyat jelata. Tidak dapat dibayangkan jika Tuan Guru ke seantero dunia dengan jet peribadinya mencari pelabur. Lagi pun ceriteranya panjang jika mahu melantik Tuan Guru menjadi PM. Kena kukuhkan dulu ikatan antara Pakatan Rakyat . Malahan secara peribadi Peluit yakin jika ditawarkan jawatan PM kepada Tuan Guru pasti dia juga menolak. Faktor usia pun satu hal. Faktor perjuangan Islam yang PAS ingin tegakkan sering mendapat tentangan DAP pun menjadi satu kekecohan. Bagi penyokong DAP tentunya mereka lebih tertarik dengan DS Anwar tentunya.
PAS parti yang telah ujud begitu lama sebelum ujud S46 & PKR bagi wadah orang Melayu berpolitik. Jika diamati perjuangan PAS ini boleh diibaratkan parti naungan semua pihak. PAS menerima sahaja kemasukannya. Jika Pak Lah nak menjadi pejuang PAS pun pasti tak siapa menghalang. Maka itu ramai golongan ulama secara terbuka menyokong PAS biarpun periuk nasi mereka tergugat.
Tuan Guru Nik Aziz lebih melambangkan seorang Tok Guru atau Ulama. Fikiran rakyat di Malaysia masih jumud & menganggap para Ulama hanya sesuai menjadi Imam di masjid bukan ketua negara. Sejarah Islam selalu diketepikan bilamana ramai kalangan sahabat Rasulullah berjaya mentadbirkan negara Islam dengan jayanya atas kewarakan mereka. Bagaikan tak kena memilih seseorang pemimpin dari kalangan ulama bagi sesebuah negara yang agama rasminya Islam. Naifnya kita.
Seperkara lagi kenapa DS Anwar tidak tertarik menjadi ahli PAS biarpun perjuangan beliau semasa di persada ABIM berteraskan Islam. Maka itu parti lawan sering mengandaikan Pakatan Rakyat tidur sebantal mimpi lain-lain.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein?


Pasti kaum Cina gerun@takut bilamana Dato' Seri Hishammuddin berterusan menghunus kerisnya tiap kali ketuanan Melayu dicabar. Di mata penyokong Ameno Dato' Seri Hishammuddin ini adalah pejuang bangsa yang kental, tegas & berani. Tidak pasti di mata hati ahli komponen BN yang lain.
Pengalaman politik Dato' Seri Hishammuddin pun masih belum tercabar biarpun beliau dikenali dengan sikap mesra rakyat. Dapatkah ciri kepimpinan beliau menambat hati semua pihak.

Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan)?


Secara sahnya jika dapat memujuk 30 kerusi parlimen untuk memihak Pakatan Rakyat (PR) sudah pasti teraju pemerintahan negara akan diketuai oleh Datin Seri Dr Wan Azizah yang kini menjadi Ketua Pembangkang. Lazim ketua secara automatik menjadi PM Malaysia jika tiada rombakan atau undi tidak percaya.
Maka negara Malaysia melakar sejarah bagaikan Indonesia, Pakistan, Filipina & banyak lagi negara lain yang memilih wanita menjadi ketua negara. Apa kata rakyat jelata yang punyai ketua ngara atau Perdana Menteri dari kalangan wanita. Mampukan Kak Wan berhadapan dengan pergolakan kaum Melayu yang makin berpecah. Malahan kaum lain juga bukan sedikit gururnya.
Bunyinya macam sedap, rakyat jelata hilang Pak Lah & dapat Kak Wan. Risikonya masih kabur apakah kita aman sentosa atau pun lebih terancam.

Khairy Jamaluddin?


Golongan muda menganggap Khairy ini seorang pemimpin yang berkaliber tetapi licik. Mantan PM sering mempertikaikan kewibaan Khairy lantaran dapat mempengaruh Pak Lah dalam banyak perkara. Diperlekehkan selalu sikapnya yang menyebut beruk tetapi bila bertanding Khairy tetap menang biarpun ramai pertikaikan kemenangan beliau.
Khairy masih awal berpolitik tentunya perjalanan politiknya masih panjang. Rakyat jelata takut amat Khairy akan menjual negara dengan corak kepimpinan beliau.

Masih terlalu awal meramalkan dia bakal menggantikan Pak lah.Atau Siapa iyer?!


Kita nanti & fikir-fikirkan.
Peluit: Jika ditakdirkan menjadi PM nak tukar kembali nama Malaysia ke Tanah Melayu; mesti kecoh… bangsa asing. Yang gah pasti… Keretapi Tanah Melayu.

Tiada ulasan: